Thursday, June 3, 2010

minum susu = tidur lena

1 Jun baru-baru ni kan Hari Susu Sedunia, so aku pun semangat la beli susu Dutch Lady Full Cream kat Tesco. Semalam before nak tidur, teringat la susu tu dalam fridge. Dalam hati bermonolog "minum susu sebelum tidur ni, mesti tidur lena." Dengan semangatnya, aku teguk segelas besar. Wah, sedapnya susu ni.



Aku pun masuk bilik nak tidur la konon-konon letak je kepala terus lena. Haha. Hati gembira berbunga-bunga macam baru buat benda yang sangat mulia. Disebabkan terlalu seronok dapat minum susu macam tak pernah minum susu je sebelum ni, aku terlupa nak set alarm clock kat handphone aku.



Aku terus tidur dengan nyenyaknya, serius memang nyenyak sampai esok pagi. Pada pagi yang nyaman itu, aku tersedar bila terdengar suara jiran aku tengah cakap-cakap dengan anak dia. Jiran aku ni sound system dia agak kuat, so aku pun terjaga. Aku tengok kat tingkap, kenapa cerah sangat ni, awal lagi rasanya. Capai handphone, OMG 7.45am!



Melompat aku turun dari katil. Gila gila aku masuk kerja pukul 8. Ni semua gara-gara minum susu nak tidur lena la ni. Memang lena sampai terbabas, solat subuh entah kemana. Astaghfirullah.



Kalau nak minum susu sebelum tidur, sila pastikan set alarm clock ya.

Sunday, May 16, 2010

gaji pertama

Bila dah mula kerja ni, barulah tau macam mana penatnya mencari duit, barulah tau macam mana rasa sayangnya pada duit. Kau kerja bagai nak gila,berpeluh-peluh macam kerja buruh paksa. Rela atau tak, terpaksa jugak kerja. Kerja kerja kerja hari-hari kerja.


Alhamdulillah, akhirnya gajiku masuk jua. Senyum sampai telinga bila dapat tau gaji dah masuk. Berlari-lari pergi ATM Maybank nak check duit. Bangga betul dalam hati bila dapat gaji pertama. Terasa penat lelah bekerja berbaloi baloi. ;')


Dah niat dalam hati nak bagi mak, abah, adik-adik, opah duit gaji pertama ni. Barulah berkat.
Tapi sebelum bagi kat famili, dah terbagi duit dekat Topman, Esprit, Kfc, Pizza Hut. Itulah hasil mencuci mata kat Queensbay tadi. Kau memang lupa diri bila nampak shoplots + ada duit. Haha. Ceh, mula-mula je sayang duit, tapi lepas tu pikir sayang pulak kalau tak guna. Maaf mak, abah. Saya berjanji akan simpan wang saku tiap-tiap bulan lepas ni.

Thursday, March 25, 2010

the previous weeks

Huishh, dah lama betul tak ber blog ni. Bukan tak nak menulis something kat sini, tapi masa dan keadaan yang tak mengizinkan. Cewah. Macam la kau busy sangat kan. Eh eh memang busy pun. Banyak benda berlaku in the previous weeks.
First thing yang berlaku pada minggu-minggu lepas ialah saya pergi ke Langkawai. Tengok eja pun salah sebab terperasan pergi Hawaii padahal pergi Langkawi je. Haha. Tapi memang best la pergi Langkawi naik cable car gayat tak ingat, shopping coklat gila banyak pastu terfikir siapa nak makan banyak-banyak coklat tu. Bangun pagi dah bergegas nak pergi jalan jalan tepi pantai sambil ambil gambar lompat lompat. Konon kau nak amik shot cantik la kan. Perasan sungguh kamu.




Tapi memang banyak gambar kitaorang ambil kat sana, tapi tak sempat nak upload la. Modem kat rumah buat hal pulak. Tengok la nanti kalau ada masa. (masa kau memang asyik tak ada je




Ok, the second thing yang happened last week ialah saya dah dapat surat posting. yeay yeay. Setelah lama menunggu, akhirnya sampai juga. Tapi yang tak bestnya, dapat kerja di Penang. Oh tidakkk! Bila teringat Penang, mesti teringat traffic jam kat belah pulau sana, asap kereta debu jalan. Tapi bila memikirkan shopping mallsss (banyak 's' sebab nak menunjukkan bilangan yang banyak ok) teruja teruja. Agenda yang pasti ada setiap bulan ialah shopping. Itu pun kalau duit gaji cukup. Tak apa, kau mesti berjimat. Ingat, menabung untuk masa depan anda. Pesanan dibawakan oleh Bank father and mother. hehe

Saturday, February 20, 2010

Saya jawab satu quiz ni di muka buku or as you all know facebook. Korang semua tau kan quiz kat facebook tu mengarut je but this quiz is quite true. Okay, this is it. It is about your personality test.

The result:


Who is your true self: You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Your view on yourself:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are down-to-earth

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : People like you because you are so straightforward

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties


The type of girlfriend/boyfriend you are looking:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You like serious

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Smart

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Determined people

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You don't judge a book by its cover

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : So good-looking people aren't necessarily your style *very handsome man is a no for me*

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : This makes you an attractive person in many people's eyes


Your readiness to commit to a relationship:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship


The seriousness of your love:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : In many ways people find your straightforwardness attractive

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : So you will find yourself with plenty of dates

Your views on education:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Education is very important in life

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You want to study hard

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Learn as much as you can

The right job for you:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You're a practical person

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Will choose a secure job with a steady income

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Knowing what you like to do is important

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Find a regular job doing just that

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You'll be set for life

How do you view success:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are afraid of failure

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous

What are you most afraid of:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are concerned about your image

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : The way others see you

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : This means that you try very hard to be accepted by other people

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : It's time for you to believe in who you are

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Not what you wear

Its not 100% true but its fun to discover about yourself. :)

Thursday, February 18, 2010

ABCs of me ^_^


You've been tagged, and you're supposed to write a note with the "ABC's of Me". At the end, choose people to be tagged. If I tagged you, it's because I want to know more about you.

A - Age ; 23 years old
B - Bed size ; at home queen size
C - Chore you hate ; jemur baju. hehe
D - Dog's name ; i tak bela dog.
E - Essential start your day item ; plain water
F - Favorite color ; purple
G - Gold or Silver ; gold
H - Height ; 159cm
I - Instruments you play(ed) ; not talented at all ^_*
J - Job title ; radiographer..weee
K - Kid(s) ; i want 4.
L - Living arrangements ; as simple as i can
M - Mom and dad live near or far ; for now, near.
N - Nicknames ; syafa, afa, pa
O - Overnight hospital stay (other than birth) ; nope, but i work at hospital *wink*
P - Pet Peeve ; lepas makan or minum depan tv, pinggan mangkuk tak reti-reti nak angkat. annoying sungguh T_@ tsk
Q - Quote from a movie ; My Mama always said, 'Life was like a box of chocolates; you never know what you're gonna get.'" from Forrest Gump
R - Right or left handed ; right
S - Siblings ; 5 including me
T - Time you wake up ; 6:30 am
U- Underwear ; scarlet, murah one.. hehe
V - Vegetable you dislike ; taugeh
W - Ways you run late ; i don't understand the question ?!
X - X-rays you've had ; when i have my medical check up.
Y - Yummy food you make ; chocolate cake
Z - Zoo favorite ; parrot

Tag lah kpd sesiapa yg berminat.

Friday, February 5, 2010

all about words

Hai blog. Maaflah saya dah lama tak update awak. Awak jangan marah ya. Saya busy lately, sekarang kena jadi driver untuk sepupu-sepupu pergi sekolah. Dapat la mantapkan skil memandu. Selalu bengang dengan pemandu-pemandu yang tak berhemah, dan mula la mulut ni nak membebel kat diaorang walaupun diaorang tak dengar. Malu orang tengok kita bercakap sorang-sorang. haha


Cepat betul masuk bulan februari. Bulan ni selalu dikaitkan dengan valentine's day (saya tak sambut, haram), tahun baru cina (seronok dapat makan limau banyak dan dapat angpau merah) ^_^


Tadi saya terjumpa diari lama, diari masa tingkatan 5 dulu. Hmm, tahun 2004. Dah umur 6 tahun dah diari tu. Mesti nak kira umur saya lak lepas tu kan. hehe. Belek-belek la diari tu, agak interesting bila baca balik, tulis pasal nervous nak SPM tapi studynya tak jugak. Tulis pasal secret admirer la, crush kat somebody la. *malu*

I've found this interesting and funny article to share. Actually this article i found in internet years back ago and i wrote in my diary.


Some funny ways to propose him/her (i think it best for boys *wink*)


♥ Walk up behind girl and point finger shaped like gun into her back
"you're under arrest"
"for what?"
"for stealing my heart"


♥ "Hi, my name is chance, do I have one?"


Boy: are your legs tired?
Girl: why?
Boy: because u have been running through my mind all day.


♥ I lost my phone number, can i borrow yours?


♥ Can you give me directions to your heart? I've seem to have lost myself in your eyes.


♥ (Take a look at the tag on the girl's shirt, jacket or etc)
She would say " what are you doing?
Respond "Oh, just checking to see if you were made from heaven."


♥ Pick up a flower and walk over a girl.
" i was just showing this flower how beautiful you are."


♥ It is hot in here or it just you?


♥ did you know they change the alphabet?
They put U and I together.


♥ Are you lost? Cause its so strange to see an angel so far from heaven.


♥ Do you believe in love at first sight, or do I have to walk by you again?


♥ Whats that in your eye? Oh... its a sparkle.


♥ Do you have a map? I just got lost in your eyes.


Oh i know its kinda cheesy, but its cute right? ^_^
If boys say this to you, i bet you all must be blushing and smiling all day. But don't trust them easily, sometimes they just sweet talker.

Thursday, January 28, 2010

aktiviti kahwin-kahwin

Tadi saya dapat tahu yang kawan saya masa PLKN dulu nak kahwin. Terkejut tau tak? Sebelum ini, kawan saya di kolej dan kawan saya masa sekolah menengah berkahwin. Bagi kebanyakan orang, bukanlah sesuatu yang pelik bila dengar orang nak kahwin. Tapi saya rasa saya masih muda, baru nak masuk 23 tahun, lagi 9 bulan cecah umur 23. Saya rasa saya masih lagi childish, kadang-kadang berfikir macam budak sekolah menengah.



Saya rasa macam saya ketinggalan, bukan jealous kawan-kawan nak kahwin, tapi terfikir, kawan aku dah mula aktiviti kahwin-kahwin ini (nikah maksud saya, jangan fikir lain) tapi aku macam budak-budak lagi. Perasan muda la pula kan. Haha. Normal ke tu kawan-kawan? hehe



Tapi itu semua sebab jodoh dah sampai. Korang mesti masa sekolah dulu pernah terfikir yang kawan korang yang ini mesti kahwin cepat sebab dia dah ada boyfriend dan kawan korang yang itu lambat kahwin sebab dia tak ada boyfriend. Pernah tak? Tipu la tak pernah kan.



Tapi sebenarnya semua itu tak betul, jarang la ada yang betul. Ini apa yang berlaku pada saya lah. Kawan yang saya ingat mungkin kahwin lambat, bukanlah lambat sampai umur 30an cuma kahwin umur standard kita kahwin, 26 atau 27 ke atas rupa-rupanya kahwin dulu dari orang yang saya expect akan kahwin awal.



Saya rasa tahun 2010 ini saya mesti berubah jadi lebih matang. Tak nak buat perangai budak-budak lagi. ^_^ Ini dah jadi salah satu azam tahun ini. Marilah berusaha!

Wednesday, January 27, 2010

saya nak kamuuu


*pic credit to fujifilm*

Pertama kali saya terpandang dia, saya tahu yang saya dah jatuh cinta. Dia handsome, dengan body menawan, personaliti memikat dan penuh dengan ciri-ciri idaman. Oh, i fall in love. ^_^


Tapi sekarang saya masih tak mampu lagi nak build up relationship dengan kamu. Kamu jangan sedih ye.*padahal diri sendiri yang sedih* T_T


Saya sudah berazam akan memiliki kamu satu hari nanti. No matter what baybeh. Just wait patiently okay.



Thursday, January 21, 2010

yes i'm a girl

Saya jumpa video ini dalam pendrive lama masa belajar di uitm dulu.
Salah satu lagu yang saya suka dengar dan suka tengok videonya.
cekidaut!




sidekick : Sayangilah mata anda. Jangan tengok tv dekat-dekat.

perangai jahat

Masa aku tengah duduk-duduk tengok tv, tiba-tiba aku teringat zaman sekolah dulu. Masa itu aku Tingkatan 5. Aku kawan rapat dengan Akin dan Sofi. Kita orang selalu lepak dekat kedai makcik jual laksa dengan air gas dalam botol. Klasik tu, jarang dah aku jumpa kedai jual air gas dalam botol. Selalunya dalam tin saja. Lepas itu tutup botol itu buat main jentik tutup botol. Apa aku tulis ni? Faham tak? Lantak la.



Okay, berbalik pada tajuk di atas. Pada suatu hari masa kami tengah makan laksa sambil bercerita tentang budak-budak kelas peralihan yang tak bertamadun buang air dekat tangga sebelah kelas kami,*
dah tak tahan sangat agaknya*T_T datang la satu group budak Tingkatan 6 bawah (lower 6). Budak-budak ini datang dengan berlagaknya dan pandang kami macam kami ini loser. Siapa yang loser sebenarnya hah?*berani cakap dalam hati je* haha



Kami tak pedulikan mereka. Sambil makan, aku terdengar yang mereka ada cakap-cakap belakang kami. Bukan cakap pasal belakang kami. No. Mengutuk la nick name nya. Kami yang tengah makan ni dah hot. Bukan kami hot macam wonder girls menari goyang pinggul itu, tapi panas hati. Kami tak hot kami cool. Apakah?!



Lepas kejadian itu, kami menyimpan dendam dekat budak-budak lower 6 itu. Macam-macam kami plan untuk kenakan mereka, nak beli paku besar pontianak untuk cucuk belakang leher mereka supaya mereka jadi pontianak juga. Gila apa kau, tak masuk akal. Tak lah, beli paku nak pancitkan tayar motor mereka. Jahat akal kan. T_T. Lain-lain plan aku tak ingat. Haha. Tapi plan kami terkubur begitu saja. Tak berani nak buat dan tak ada peluang nak buat.




Satu hari, masa aku dan Akin sedang bersiap sedia nak start enjin motor untuk pergi ambil kek parti kelas, kami tiba-tiba ternampak kunci motor. Kunci motor budak lower 6 itu! Mata bersinar-sinar penuh cahaya, wah ini peluang baik. Aku toleh kiri kanan, bila line clear Akin ambil kunci itu terus masuk poket. Yes, berjaya. Kami cepat-cepat start motor kami dan pergi ambil kek.




Dekat kelas kami fikir apa nak buat dengan kunci itu. Tak mungkin kami nak curi motor dia dan jual dekat kedai. Itu tindakan bodoh yang mungkin tunjukkan kami jalan ke balai. Jadi, kami putuskan yang kami akan simpan saja kunci itu. Masa nak balik dari sekolah, kami intai budak itu dari kelas, dia tak boleh nak balik sebab tak ada kunci motor. Kasihan, itu lah siapa suruh cari pasal dengan kami. At last, dia terpaksa tolak motor dia pergi kedai motor. Kami simpan kunci motor dia selama seminggu, lepas itu dah bosan dan kesian, kami campak kunci motor dia dekat kawasan parking motor supaya ada orang boleh jumpa dan tolong kami pulangkan pada dia.



Jahat kan kami dulu. Tapi setakat itu lah jahatnya, aku tak pernah panjat pagar belakang sekolah senyap-senyap untuk ponteng. Aku tak pernah tidur dalam kelas, cuma selalu makan nasi lemak dalam kelas saja. Aku rasa itulah kejahatan yang paling jahat pernah aku buat. Eleh, macam lah kamu semua tak pernah buat jahat. Jangan tipu, tipu pun dikira jahat juga. Hehe. Sekurang-kurangnya ada juga kenangan jahat untuk aku ingat bila tua nanti. Ish2.
Kepada budak itu, aku minta maaf.





Wednesday, January 20, 2010

lapangkan hati kamu

Dua minggu terakhir ni adalah minggu aku yang suram, kelam dan menyedihkan. Hati aku sedih dan perit mengenangkan segala yang telah berlaku.



Tapi aku terima dengan redha. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya yang tersendiri. Pasti ada hikmah disebaliknya. Come on girl, think positive. Don't let all the sadness put you down.



Mungkin memang tidak ada jodoh antara kami. Namun begitu, sedih dan kecewa ini hanyalah sementara, aku yakin lambat laun rasa ini pasti akan hilang jua. Aku sentiasa doakan dia bahagia. Aku takkan bersikap busuk hati dengan berdoa yang tidak baik untuknya. Kerana aku sayang padanya dan Allah pasti memberi yang lebih baik padaku. Bukan sekarang, tapi satu masa nanti. Pastinya ada seseorang yang lebih baik untuk aku.



Hidup ini masih panjang untuk dinikmati. Kenapa perlu menangisi sesuatu yang bukan ditadirkan untuk kita? Jika dia memang ditakdirkan untuk kita, walau macam mana sekalipun dia akan kembali pada kita. Berdoalah yang baik-baik untuk diri sendiri dan dirinya. Jika kita berdoa kesejahteraan sesama manusia, Allah pasti akan memberi kegembiraan kepada kita dan menghilangkan rasa kecewa kita itu.




Ingatkan diri sendiri bahawa Allah tidak akan memberi kita dugaan yang kita tidak mampu menanggungnya.




Sunday, January 17, 2010

past

"Love does not begin and end the way we seem to think it does. Love is a battle, love is a war; love is a growing up." james baldwin

kepada kamu.
aku doakan kamu bahagia.
selamanya....

Friday, January 15, 2010

marilah bercuti

saya tengah fikir macam mana nak cari duit lebih. Sebab saya dah planning nak pergi bercuti. Yea. ^_^ ke mana destinasi saya? Pulau Langkawi! Wah, tak sabarnya. Kali ini saya nak pergi dengan kawan-kawan saya seramai tiga orang yang memang kaki melancong. It will be fun this time.



Saya dah pernah pergi Langkawi sebelum ni, dengan famili saya. Itu pun masa saya Tingkatan 3. Itu 8 tahun yang lepas. Zaman hingusan. Hehe. Semestinya Langkawi dah banyak berubah. Masa pergi dengan famili saya naik cable car yang baru dibuka masa itu. Seronok tak ingat. Tapi saya tak banyak ingat tempat di sana sebab fokus saya pada masa itu hanyalah pada coklat-coklat yang berjenis-jenis depan mata. Rambang mata masa itu, berebut dengan adik nak beli coklat Daim yang plastik bungkus dia warna merah, Hershey Kisses dan coklat yang jarang dapat di kedai biasa. Dah macam makcik-makcik yang berebut sayur murah kt supermarket time offer. Haha



Melancong kali ini kami nak pergi backpacking je. Konon-konon adventure sikit. Huhu. Cari chalet atau budget motel yang murah tepi pantai, yang ada makanan sedap-sedap dan port untuk kami berbelanja sakan. kami rancang nak pergi hari bekerja, jadi kami tak perlu bersesak-sesak nanti. Okay Langkawi, nantikan kedatangan kami. ^_^

Thursday, January 14, 2010

game game game!

duduk di rumah lama-lama begini membuatkan saya jadi ketagih dengan facebook. makan facebook, tengok tv facebook, tidur pun mimpi main game facebook..gila betul. macam tak ada kerja lain. ya, memang tak ada kerja lain pun.hehe. apa-apa pun saya suka game facebook. ^_^