Thursday, June 3, 2010

minum susu = tidur lena

1 Jun baru-baru ni kan Hari Susu Sedunia, so aku pun semangat la beli susu Dutch Lady Full Cream kat Tesco. Semalam before nak tidur, teringat la susu tu dalam fridge. Dalam hati bermonolog "minum susu sebelum tidur ni, mesti tidur lena." Dengan semangatnya, aku teguk segelas besar. Wah, sedapnya susu ni.



Aku pun masuk bilik nak tidur la konon-konon letak je kepala terus lena. Haha. Hati gembira berbunga-bunga macam baru buat benda yang sangat mulia. Disebabkan terlalu seronok dapat minum susu macam tak pernah minum susu je sebelum ni, aku terlupa nak set alarm clock kat handphone aku.



Aku terus tidur dengan nyenyaknya, serius memang nyenyak sampai esok pagi. Pada pagi yang nyaman itu, aku tersedar bila terdengar suara jiran aku tengah cakap-cakap dengan anak dia. Jiran aku ni sound system dia agak kuat, so aku pun terjaga. Aku tengok kat tingkap, kenapa cerah sangat ni, awal lagi rasanya. Capai handphone, OMG 7.45am!



Melompat aku turun dari katil. Gila gila aku masuk kerja pukul 8. Ni semua gara-gara minum susu nak tidur lena la ni. Memang lena sampai terbabas, solat subuh entah kemana. Astaghfirullah.



Kalau nak minum susu sebelum tidur, sila pastikan set alarm clock ya.

No comments:

Post a Comment